Monday, September 27, 2010

Virus Tangan, Kaki & Mulut


Berikut adalah tanda-tanda anak telah dijangkiti virus tangan, kaki dan mulut:


dari pergelangan kaki hingga ke celah jari kaki tumbuh bintik-bintik merah berair

kat lutut pun akan tumbuh banyak bintik2 berair.. jangan biarkan baby merangkak atas tantai tanpa alas. dikhuatiri akan makin memudhoratkan. Pakaikan seluar panjang atau letak je dlm walker buat sementara

bayi akan nangis sentiasa..gatal nie..

selain kat lutut, tapak kaki dan celah jari kaki, bintik berair tumbuh di tapak tangan, celah jari tangan dan dlm mulut. time ni baby akan kurang makan sebab sakit nak menelan.



Maka, sentiasa pastikan rumah dan permainan anak2 sentiasa bersih.
Guna pencuci & spray pembasmi kuman (doc syorkan dettol) semua mainan selepas digunakan sebagai langkah pencegahan.

Segera ke klinik berdekatan untuk rawatan sebelum parah.
bila dah parah akan meninggalkan parut.
cuci kawasan bintik2 dgn kapas dan sapu krim dengan kerap
doc juga akan berikan ubat sirap utk tahan gatal
setiap pesakit virus ini akan dikuarantin selama 1 minggu

ibu yg bekerja pun kena cuti selama anak dikuarantin..
aloh.. bakpe xdop cuti khas utk penjaga bagi kes mcm ni?



Jamuan Hari Raya 2010 di Opis Ummi..

::Jelitawan TW bergotong royong menyiapkan juadah hari raya::

Setiap juadah adalah sumbangan setiap pegawai dan kakitangan TW
ada yang sendiri buat.. ada yg sendiri tempah..
ada juga yang kongsi modal & buat sama-sama..
Meriah la pantry bila semua berkumpul situ
sambil wat keje sambil bergurau senda
biasa la tu.. menceriakan suasana..


::Sebahagian sumbangan ikhlas dari semua warga TW::

Menu utama = Nasi Tomato (oder dari caterer)
Kak Yang = Puding gula hangus (bentuk bulat & 4 segi)
En.Lazman = Lemang (banyaaaakk!)
EO = Rendang daging & rendang ayam (tersangatlah pedas)
Effi & Kak Yus = Satay
Pn. Mimi = Aneka kek
Pn.Norli = Tapai
Geng bus sekolah = rojak buah
En.Raja = karipap
En.Din Agro = Roti John

dll... byk sgt.. sampai semua bungkus wat balik..


Apa yang penting.. KERJASAMA!

Majlis dimulai dengan bacaan doa & tahlil
diketua oleh SUB(TW)


Makan time!!
Sambil2 tu tonggek sana tonggek sini bergambar..enteprem!
Penuh memory card henpon, amik kamera pulok..kikiki~






Sekerat hari berlalu..
dan semua kembali ke meja masing2..sambung keje!




Sunday, September 26, 2010

Picnic @ Sungai Chongkak


Sempena meraikan ulang tahun ke-6 berada di KKLW, Putrajaya semua sepakat pegi berpicnic ke Sungai Chongkak. Walaupun ada yg menarik diri di saat2 akhir, plan tetap diteruskan..

Parking kena bayar RM3
Tiket masuk RM1 (Qaseh Bahrin belanja)


Terima kasih to kekanda tercinta yg tidak keberatan membawa anak isteri picnic di sini.


Nampak je air sungai Aniq terus teruja.. x sabar benar dia nak mandi..
Mujur Uncle Camayol sudi melayan abg aniq..


Walaupun ketar gigil-gigl, bibir dah biru, tgn kaki dah kecut berut abg aniq tetap xmau naik ke darat.. makan nasik pun xnak.. makan sumi jelly auntie Qaseh aje..

Amy Lavender dan tunangan beliau : Mr.Nizam
Dengar kata naik pelamin bulan Mei next year..
Aimi la penunjuk jalan ke sini.. slow benar mendrive.. ngantuk we ols tau..huhuhuh


Menu utama pd hari kejadian : BBQ Ayam + Udang + Sotong
Qaseh khuatir kekasihnya kebulur lepas mandi, maka dimasakkannya hati ayam tumis cili padi..semua berapi mulut..
Sementara nak tunggu ayam masak, lela buat sandwich sardin utk alas perut..

Terima kasih kpd semua yg sudi melayan Eryna dan Aniq
Aniq x peduli dah siapa yg temankan dia.. asalkan kaki dpt masuk air..

=) lain kali kena dtg lg nih..

Sukanya mandi-manda.. bukan selalu kan.. tp, xlama berendam pun.. sekerat hari jer kat situ..
ada kelapangan kite dtg lagi.. xlah jauh mana dgn Putrajaya..

Masuk je dlm kete, Eryna terus tido..

Aniq pun sama.. Zzzz..

Perjalanan diteruskan lagi..lepas mandi manda pegi beraya rumah kak ida di Semenyeh..
ikut jalan bengkang bengkok.. masa ni cuma driver aje yg x tido.. hahaha..yg lain tido berdengkur2..penat mandi sungai..


Perjalanan ke Semenyeh melalui tasik besar yg sgt cantik..



Monday, September 20, 2010

Bersiar-siar di Taman Tengku Anis


Rumah atok & uWan letaknye di bandar.
Sape2 pon akan boring jika seharian duk dlm rumah (kecuali papa)
Bila budak2 memberontak, baru papa bawak gi taman
Ummi ajak gi pantai langsung x bawak! =(

Hidup kanak2 terkongkong di dalam rumah tetapi bebas di taman permainan


Tengok.. budak baru pandai berjalan sgt teruja pijak bumi nyata beralas rumput


siap buat kajian lagi..


suka benar main gelongsor..ajak gi tempat lain xnak dah..

Lain kali abang aniq kena pakai sport shoes kalau gi taman.. pakai selipar xdptlah joging


Alhamdulillah.. sgt bahagia bila mereka membesar dgn sihat, cergas & cerdas


jom.. gi tempat lain pulak


Mini Zoo yg agak terbiar..
cuma ada merak, merpati dan rusa
Eryna paling byk kena cium dek nyamuk


sedihnye muka eryna..xpuas main gelongsor..hahahaa..
Lain kali kita dtg lg..
mintak pitis RM4 ngan papa then kite ajak tok bah gi berenang kat taman indera putra pulok..

Eryna punye!!!

Kasut raya & baju kurung raya Eryna yg pertama

Kalau Eryna dah reti baca, ini cerita sebalik tabir kasut raya Eryna :

Mulanya x bercadang pon nak beli. nak jimat kos. & ummi x brape beria nak belikan Eryna kasut sbb Eryna blom leh jalan masa hari kite bersopim tu..
sdg duk cari kedai baju, kite singgah kedai kasut jap..sambil2 nak duduk rehatkan kaki papa yg lenguh atas kerusi kedai tuh..hahahaha.. utk nak elak dr kena halau ummi pon buat2 la pilih kasut.. buat2 tanya skit..hahaha..pastu terai pakaikan eryna kasut..suruh eryna taktih situ..bila nak tanggalkan, eryna nangis..kuat suara eryna.. maka, papa pun gi bayar.. eryna sgt2 gembira..

Pada mlm hari kite nak bertolak balik kg, Eryna dgn tiba2 boleh berjalan..




Corat-coret raya aidilfitri 2010..

Sblm balik kg, TDK bg hamper raya kpd semua pegawai yg berkaitan dgnnye..
Ni Pn.Norli punya..beliau xnak..so,bg ke i.. i lak bagi separuh kpd Nurul yg menolong wat keje2 unit bubar..


Plan nak bertolak kul 1pg..tp,kanak2 susu dutch lady 123 ni xmo tido..mengacau aje ummi nak berkemas.. kul 1.42 pg Eryna tido.. maka perjalanan balik tepat pukul 2 pg..
Sit belakang wira diubah suai menjadi katil bersaiz Queen.. tidolah kanak2 itu dgn nyenyak hingga hari cerah..

Tengah hari sampai kat kg..
Suka la sekalian pakcik mokcik atok nenek onyang menyambut ketibaan anak sedara/cucu/cicit mereka itu..
sepupu sepapat pon serbu.. maklumlah..setahun x jupe..


Tahun ni x byk membeli biskut raya..
Sekadar ada aje.. lgpon konon2 nak buat etek..pak lang anak2ku beli oven baru.. hihihi..suke i..
tp, x buat2 jgk sbb pd hari sepatutnya kejadian membaking cake/biskut tu dgn tiba2 kena gi umah papa kat kb..berbuka pose kat sana.. lepas raya baru dgn rajinnye terai wat muffin karot..seperti dijangka, bantat ia..hahaaha
pastu, praktis lak wat kek utk majlis beseday Eryna.. kek coklat kukus.. ok la.. tp, tidaklah boleh lawan anda semua yg maklum terror..

maka, teruslah kami bermalam di sana & sambut 1st raya disana selama sekerat hari..


::suasana di rumah papa::

Warna tema tahun ni Hijau..tp, oleh krn last minute baru nak mencari, maka hijau tu tidaklah berapa nak menyerlah sgt pabila ummi & Eryna xjupe baju yg cantik kaler ijau.. rembat jer la yg mana ada sikit2 warna ijau tu.. ok lah drpd xdop langsung kan..

11.30 pg balik rumah kg.gaung..xperlu la lama2 umah papa tu..kalau sekadar nak sembang sesama adik beradik dlm rumah..byk lg masa leh jupe..& bkn papa nak ajak gi beraya umah jiran2 dia tu..jiran2 pon x buka pintu pagar..apatah lg pintu rumah..heran i..sungguh heran..
Baik la balik kg.gaung dgn segera sbb sedara-mara i semuanya disitu..kan kan kan..pada hari raya, kite kena beraya.. =)

x byk pulak gambar raya yg elok2 nak tepek kat blog ni..candid byk..gelap pulak..nak kena tukar kamera baru agaknye..apa kata papa? hahahaah.. (jgn mare ye kanda..) Byk pic duk dlm kamera abe long..

Kawan2 suruh wat open house.. emmm..
hihihi~
Nak masak menu apa ek? ( berangan!)





Monday, September 6, 2010

Salam Lebaran 1431H

Assalamualaikum & salam sejahtera kpd semua rakan yg pernah singgah menjengah di sini..

Beberapa hari lagi kita semua akan menyambut dan meraikan 1 Syawal..Hari raya..hari kemenangan bagi umat Islam setelah berpuasa selama sebulan.. walaupun x cukup beberapa hari itu bknlah kehendak kite kan..dah ditakdirkan begitu..nak wat mcm mana..kan kan kan..

Malam ni rasanya kemuncak kepada semua perantau.. termasuklah saya.. semua excited kemas kain baju masuk beg..sumbat dlm bonet siap2 takut2 tertinggalkan..hihihi..ada juge yg siap wat list brg2 yg nak dibawa balik..

Mood balik kampung semasa di opis.. nak keje malas dah..
mlm ni dlm perjalanan blk pasti senyum..dgr lagu raya je..
senyum-senyum pastu menitik juge air mata.. x sabar nak sampai..

Saya mendoakan kita semua selamat sampai ke destinasi..
kpd kawan2 yg nak balik kota bharu..kalau nampak kat stesen minyak ke..masjid gua musang ke..mana2 jelah..sila la tegur2..sy ni rabun jauh..spek sy senget x repair lg..huhuhu..

Selamat berhari raya kepada semua..
Selamat menikmati ketupat, lemang, rendang, dll..
Selamat kembali ke opis bila dah abis tempoh cuti ye..!




Jom kita balik raya!








Friday, September 3, 2010

Kelebihan seorang wanita

kelebihan seorang wanita..


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Thursday, September 2, 2010

Pesanan buat suami..

PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

by Tengku Muhammad Kalmani As-Saif on pada 29hb Ogos 2010 pukul 3.48 ptg

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Wednesday, September 1, 2010

Iftar TW 2010



Tarikh : 1 September 2010 (Rabu)
bersamaan 22 Ramadhan 1431
Tempat : Steambot Antarabangsa, Bangi


"hai tok ma..hai tok bah..
eyyina bebuke poche kat luar arini..
eyyina itot ummi.
abam pom itot..papa?..mesti la itot"



ha.. ini antie tacheh
itu antie nanad
ujung cane tu bosh ummi..name atok jajali..


yg ni lak antie yatie en antie jasmim.. meleke sgt kurus


"Eryna takut kat antie bertiga tu ke..?"


"Eryna pegilah sana..antie lynn nak kawan ngan adik dzharif.."
antie yatie nak kawan ngan abang farish.."
antie jasmim nak kawan ngan si kembar haqim n haiqal.."


::lama tunggu waktu berbuka..yang lain pom xsampai2 lg..
apa lagi, posing sana posing sini la dulu::



::Abang Aniq ni xduk diam langsung..berjalan xreti penat
suka dia tiba2 dpt mkn ice-cream besar..
makanlah,jgn nangis sudah::

::anak2 ummi baik dgn antie tacheh nampaknye::



::Effi budak kacamata is the planner::
dipohon agar lain kali cari tempat yg luas skit..



::walau dimana berada..antie nanad akan sent report kpd dr.amin::



::Nanad tersipu2 disamping en.hadi..
kalau dr.amin nampak pic nie..haa..::


::apa2 aje la yatie tu..bersungguh benar menyampaikan cerita dongeng::




*******
sesekali berbuka ramai2 gini seronok juge..TERIMA KASIH kpd semua yg sudi melayani budak Aniq & Eryna tu ye..MAAF jika terganggu dgn karenah mereka yg mcm gitu..