Tuesday, November 30, 2010
Aniq, Eryna & Babysitter..
Monday, November 29, 2010
Diaper Back Pack
Aniq @opis ummi
SMS menipu
Thursday, November 25, 2010
Hati luka.. =(
kesian beta..
apa nak buat.. kalau orang dah x sayang kan..
emmm..
ginilah nasib org miskin mcm beta.. hina sentiasa..
Tuesday, November 23, 2010
Meluah rasa..
Inilah akibatnya kalau malas mengikut prosedur + tak tekun.. emmm, padan muka beta..beta nyesal.. mintak2lah kesilapan yg beta buat tu depo x nampak.. kalau boss tahu abis la beta kena tukar bahagian..silap2 kena tukar kementerian..ishk.. susahlah beta kalau kena kije lain hala dgn pengawal keselamatan beta.. terpaksalah beta isi tangki minyak sendiri.. alamak.. xdptlah beta makan pancake durian kat sweet chat.. uuuwaaaaaaa~ oh tidak..oh tidak..!!!
hari esok masih ada..tp, mana mungkin sempat siap 100% ... ;(
Lepas satu..satu...
tp, hari ni beta bersyukur ke hadrat Ilahi krn dgn limpah kurnianya, selsema yg beta tanggung seminggu ini hampir sembuh.. namun, mungkin disebabkan beta terkurang minum air suam tekak beta sgt perit hari ni.. teh tarik xpulak beta termiss minum tiap pagi..hehehehe.. biasa la..beta kan manusia biasa.. suka ikut napsu..yg molek tolak tepi dulu.. nak wat camne..kalau dah yg mendatangkan kemudhoratan itu sgt sedap bila dinikmati..
Apapun, beta kena cari penawar resdung dgn segera.. siapa2 yg arif lg bijaksana tolonglah perkenalkan kepada beta apa2 aje produk yg dirasakan berpotensi..
emmm...perit sungguh tekak beta..maka, sampai sini saje beta mengarut ye.. tata!
Monday, November 22, 2010
Hafal A --> Z
Tak tau lah lambat ker cepat perkembangan minda si abang aniq nih.. rasa2nye normal la kot..
dlm nakal2 dia tu rupanya dah boleh hafal abjad A hingga Z.. namun kadang kala ada juge terlompat sebutir dua huruf.. xpe, boleh dimaafkan..
harap lepas ni abg aniq boleh mengenal 26 huruf tu dengan baik secepat mungkin.. biar pandai sebelum masuk sekolah..
emmm.. mula la ummi berkire-kire nak beli itu ini utk abg aniq biar cepat belajar & sentiasa berada dlm persekitaran pembelajaran yg baik.. ayoo..
Dari Kota Bharu --> Putrajaya
Lama betul kedai dkt2 umah n pasar borong wakaf che yeh tutup.. sikit aje yg buka kedai..payah benar nak cari makanan feveret i.. raya haji kat kelantan 2 hari.. pastu jumaat mesti kedai tutup lagi..sabtu masih seperti pekan mati.. ahad i xtau doh beroperasi ko dop bikos i dah bertolak mari putere-jayo! xdpt i nok beli kepok gote hok sedak tuh.. mujur i dop ngandong.. toklah parok mano hati kechiwe..
dlm perjalanan cuma bawak bekal aniq n eryna.. dah sampai R&R kat Gua Musang baru berenti beli 100+ n air kotak manggo..haus giler..cuaca panas terik time tuh..tp, ummi minum sikit jas..eryna minum byk..dan-dan tu la dia terjaga..eh eh eh..
bangun aje terus ummi bg bekal makaroni rebus dgn karrot..dah tgh hari so bg mkn sblm aniq berona kelaparan..
selalunya blk hari sabtu atau amik cuti extra balik hari Isnin..selasa br masuk opis..
tp memandangkan cuti beta dah nyawa2 ikan puyu.. hehehe..redah aje la jem pong..
kalu blk naik viva bules gilir drive..tp kul brape pulok nok sampai? kikiki~
kire2 kul 9.30am dr kampung.. kul 7.15pm sampai putrajaya.. hampir 10jam..biasa la tu kalau 10jam..cuma x biasa bile langsung x berenti makan.. sakit pale beta!!!
Gambar Raya Aidiladha 2010
budak2 lain teruja tgk lembu yg nak dikorban..dia sebok duk ngejar bird & ayam
Tak byk ambik gambar sbb budak aniq skit-skit nak tgk..skit2 nak tgk kamera/hp kalau dia tau kite sdg amik gambar.. pah tu sebok la dia nak jugak ambik gambar tekan-tekan punat kamera..tp gambar ntah apa2.. x bg meraung..bg kite pulak yg kena sound.. eh eh eh..
tp disebabkan beberapa masalah, sekor aje thn ni..iaitu.. si hitam!
sebelum ni sembelih dkt tepi umah aje tp skrg dah x bules sbb ada 2 bijik rumah sedang dlm pembinaan..
aniQ yg comot sgt teruja tgk "lembu" @ bohhh.. @ moooo.. ikut dan dia nak sebut yg mana..
sementara menunggu cukup ahli, bergambar dulu buat kenang-kenangan..
Suka sangat eryna masuk padang..huh, dgn lecah-lecah lepas ujan lg la dia suka..kalau boleh nak berenang kat situ..
disinilah dulunye tempat main sorok2, main daun terup, bidas getah.. mcm2 lg lah..kalau hujan atau banjir, sini la tempat paling suka..bakpe?sbb air dalam..saye sukeeee..hehehe~ selagi ma xdtg kejar dgn rotan sy xkan balik..
Thursday, November 18, 2010
Salam Aidiladha
1. anak sakit
2. pengasuh anak pegi check up & hal kecemasan
3. saya selesema
4. raya aidilfitri
Rasanya inilah pertama kali saya mengalami konflik cuti x cukup..jiwa meronta-ronta nak blk kg! kalau bkn kerana "raya" sgtlah payah utk sy kembali ke kg halaman.. maklumlah, sy berkahwin dgn pekerja cemerlang, berdedikasi dan berdisiplin tinggi..
Sejak kelmarin anak-anak berair hidung @ selesema.. tok ma jual ais krim..aniq dpt ais krim free.. aniq bkn biasa makan ais krim.. saya x amalkan dan sebulehnya langsung xnak bg aniq minum ais krim atau minuman sejuk dr dlm peti ais.. kalau dia minum sikit je pun pasti selsema..dia terseksa xdpt bernafas, kite pun pening pale xdpt tido lena menjaga dia..menenteramkan dia yang dlm keadaan x selesa..
saya dah pesan depan2 jgn bg aniq makan ais krim, ais blended, air batu..tp..emmm..sia-sia sy bg anak2 makan ubat..
-->xdpt bebel depan 'mereka' sy bebel dlm blog! ahahahaha
kepada semua kawan2 yg membaca blog sy secara langsung dan tidak langsung, sy ucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA
::berkorban apa saja utk kini dan masa depan yg lebih cemerlang lagi gemilang::
p/s: doakan aniq & eryna cepat sihat ye..
Sunday, November 14, 2010
Upin & Ipin
walaupun episode 7-12 dah pernah tayang kat tv9 tp sy beli jugak sbb bdk2 berdua tu seperti dah jemu dgn dvd "jejak rembo".. beli hok ori pulak tu.. iyolah, mana ada jual cd lanun kat Carrefour Alamanda nung.. emmm, ikutkan hati nak je gi pasaraya W sbb c2 ada jual dvd yg "CR" kikiikii~ tp apekan daya, dah malam..xberani nak mendrive jauh-jauh..
Eryna tu diam-diam dah pandai sebut "betul betul betul" dgn chommeeel sekali.. hahahaha..
Naik Beskal..
pastu eryna kena turun sebab aniq geli bila eryna rangkul pinggang dia..
lagipun, tayar belakang dah kurang angin..
Next time kite berlatih bonceng membonceng ye..
Kisah Ulama & Pramugari
kisah ulama dan pramugari
----------------------------------
Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalukecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.
Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.
Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.
Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari....
-----------------------------
copy paste dr facebook sbb no idea and no new picture ..kikiki~
Monday, November 8, 2010
Wanita dari Kacamata Lelaki
Seorang lelaki balik rumah.. Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut. Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.
“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu.
“Tak lah”, jawab isterinya ringkas.
“Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.
“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..
NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI”
Kau isteriku
Dari ilham seorang lelaki..
“ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”
Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman sekarang… Ibu sekarang tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkin one of da reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanya memekakkan telinga setiap kali ibu member “ceramah percuma”. Mungkin anak-anak tak terasa kehilangan or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kt uma (for instance if he’s gone for a short holiday)
Budak-budak zaman sekarang ramai kawan, banyak caranya mereka mengisi waktu. They will go for movies, clubbing, or most to most lepak kat tempat yang happening. As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang betul, jika isteri ada kat umah, kepala selalu pening. Pantang kalo isteri ada kat umah and I’m off duty, sure at times boleh membuat kepala serabut.
Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth… Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa.
Eventhough kat office, ramai yang cun melecun, wajahnya yang ditatap sejak dari tarikh menikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memanglah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat ati and sukar ada pengganti.
Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah habis ntuk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.
Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup???!
And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!
Petua untuk Hati yang Gundah Gulana
Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:
- Amalkan tasbih, tahmid dan takbir --> Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah s.w.w. kepada anaknya Siti Fatimah
- Berdoa --> Mohonlah kepada Allah s.w.t. Ingatlah, doa adalah senjata bagi orang mukmin.
- Sibukan Diri dengan Sesuatu --> Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran dan pelbagai bahan bacaan. Libatkan diri dengan aktiviti usrah,kemasyarakatan dan sebagainya.
- Luahkan Perasaan --> Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya, menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
- Senyum --> Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.
Tuesday, November 2, 2010
Cybex Gems Ruby
ni stroler yg baru saye beli.. --> beli bln 8 kalu x silap
baru bawak gi sopim mall sekali..
blom pun jejak tanah..
pastu tersadai dalam umah..x guna-guna dah..
anak-anak dah boleh berjalan..xmo duk dlm stroler..
daripada x digunakan, maka saya amik keputusan utk menjualnya..
saya dah bersihkan tayar & segenap bodynye..
siap spray dgn dettol utk basmi kuman yg xnampak dek mata..
dah balut ngan plastiknye yg asal..
dah buh dalam kotaknye yg original..
kalau keluarkan semula masih ada bau kedai!
siapa2 yg sdg tercari-cari stroler utk anak sendiri atau nak hadiahkan kepada siapa2 yg special, sile la call atau sms saye ye..
017-207 3538
Monday, November 1, 2010
Sup Tulang Power
walaupun hari2 saye masak sup ayam utk asben & bekal anak2 ke umah pengasuh, xpernah la sup saye tu jadi sesedap "sup tulang bawah pokok".
Ntah apa la ramuan rahsia yang dibubuhnye..