Thursday, July 8, 2010

Talipon tak bertali dia..

Betapa lelaki ini tidak langsung terpikat dengan arus teknologi semasa yang sentiada berubah-rubah.. betapa dia pengamal sikap jimat cermat dlm perbelanjaan.. memang dia langsung tidak melatah pabila orang keliling membongkak depannya dengan menayang-nayang kemodenan yang dimiliki mereka itu.. dan termaktub sudah bahawa ketentuan Illahi menyatakan lelaki itu suamiku..

Nokia 3120 dibeli entah tahun bila.. 2004 maybe.. pada ketika kami berkenalan itulah handphone beliau..satu itu la sj..tiada dua tiada tiga..dijaga dgn baik sekali..walau kelihatan berserpih sana-sini, retak yang dicantum gam dan sudah kedengaran suara-suara sumbang mengejek namun masih setia digenggaman bila saya menelepon..kemas tersisip di tali pinggang bila saya tak talipon.. cumanya hancur berkecai bila dihempas Eryna buat sekian kali dua tiga hari yang lalu..
dan.. inilah dia talipon baru beliau..Sony Ericson C510..pengganti Nokia 3120..bukan yg tercanggih..bukan juga model terbaru..cukuplah sekadar boleh dengar suara dan hantar sms..kamera pon tidak perlu katanya sbb kamera digital sudah ada.. alahai suamiku..
(tapi isterinya ini memaksa beli hp kodi yg ada kamera..)
----------------------------------------------------------------------------------------
Abg, saye nak mintak maap sbb kate abg "kedekut" bila abang kate saye "boros"..
kalu bkn krn abg "kedekot" tentu yg hilang/rosak xkan berganti-ganti dah..
maapkan saye ye abang..

No comments:

Post a Comment