Tuesday, October 19, 2010

K.I.T.A.

Saat kau melamar diri ini, hati ini masih lagi terluka kerana masa lalu..


Namun, kehadiran mu mengembalikan semula keceriaan dalam hati ku..


Perkenalan singkat membawa kita ke jinjang pelamin
Walau ada suara sumbang membangkang dan ada yang berkata kita ibarat 'beauty & the beast',
kita abaikan saja.. kerna kita percaya fizikal bukan penentu kebahagiaan


Alam berumah tangga ada asam garamnya.. kita maklum akan itu..
dan kita sering bergaduh..


Sama ada diri ini yang buat hal..

atau diri mu yang cari pasal..

Cepat atau lambat..
kita pasti berbaik semula


Bahagianya kita bila menimang cahaya mata pertama..
Seorang putera yang kacak..

Tambah berseri hidup kita bila dikurniakan cahaya mata kedua..
Seorang Puteri yang sangat jelita


Setiap pengalaman yang kita lalui bersama tidak ada kena mengena dengan kata-kata orang..
pahit atau manis sentiasa mengiringi langkah kita dalam usaha membina sebuah keluarga bahagia..

Yang terindah hanya sementara.. hidup ini sangat singkat..
maka apa jua salah diri ini, ampunilah seikhlasnya..
dan apa jua kekurangan diri mu, ku terima.. kerna diri ini juga tidaklah sempurna!



2 comments:

  1. setinggi seluas gunung dan lautan,
    sejuta harapan di petaruhkan,
    beronak berliku, jalan ku lalui,
    selagi terus tabah ku teruskan,

    semoga akak tabah,sabar dgn dugaan yg mendatang, saya doakan yang terbaik untuk akak dan abg hamdi, semoga aniq dan eryna comey menjadi anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang..

    ReplyDelete
  2. tenkiu.. harapanku harapanmu jua..kan kan..

    ReplyDelete